March 12, 2017

PTS my Lovely cat and SPORO

Assalamualaikum.

28 Feb 2017, aku membuat keputusan yang sangat berat untuk Put to Sleep kucing kesayangan,, sayang sangat. Mula-mula ingat nak bawa pergi Klinik Veterina kerajaan malangnya Vet Port Klang dan Banting tak buat sebab ubat takda.


So bawalah pergi Hospital Haiwan, Banting. Sebelum bawa pergi klinik tu aku da bagi baby makan dua paket wet food memang licin dia makan, selalu lepas makan dia tak minum air, tapi haritu lepas makan dia minum air banyak,, macam tahu -tahu je tu kali terakhir menikmati makanan dan minuman. Sedih sangat bila teringat kat dia.


Alasan apa yang membuatkan aku untuk PTS baby? Actually, mak aku dan aku dah berjangkit SPORO daripada baby, mula-mula mak aku yang kena. Mak aku ade luka kat tangan kena minyak masak, lepas tu pegang baby mungkin,, tu yang dapat "surface skin infection" which is on the surface sahaja dan mak aku terus pergi klinik buat dressing and makan antibiotik. Alhamdulilah.Ok.

Masa mak aku kena, ak punya infection tu baru nak tumbuh macam jerawat, aku ingat jerawat,,aku kena sebab aku kena cakar dengan baby, walhal kena cakar sikit je. Lepas tu, aku tak pergi buat dressing dan tak makan antibiotik. aku cuma sapu ubat je dan dan tak reda langsung! tapi aku buat bodoh je sebab aku ingat ,, ala,, biasala sikit je.

Tapi lepas sebulan aku kena tu, teba-tiba, aku rasa kat saluran dalam tangan aku ni ade tiga benjolan naik begitu cepat,pergh! masa tu dah cemas dah! cemas la jugak,, siapa nak kulit tak cantik kan.?


After pergi pakar kulit -Hospital Kerajaan, then doktor cakap, betul! ini sporo dan doktor tak agak-agak lagi bawa aku masuk bilik bedah dan cungkil benjolan yang pertama which yang dah keluar. dan doktor bagi aku ubat sporanox, Then doktor cakap, ubat sporanox ni kuat boleh effect hati dan buah pinggang so untuk mengelakan itu terjadi, doktor akan monitor darah aku setiap minggu, setiap minggu aku kena pergi cucuk darah.

Alhamdulilah da seminggu aku makan ubat, dan benjolan ada reda sikit. but i still need to consume ubat until it is fully gone dimana makan 2-3 bulan jugak.

Memang aku sayang sangat kucing aku. aku belikan die macam-macam ubat, ubat itraconizile,ubat hati dan transfer factor. tapi tak sembuh malah makin banyak luka di badan baby dan die juga berjangkit pada aku. dan aku juga taknak ia berjangkit pada kucing lain dan mungkin orang juga. Maka, aku terpaksa buat keputusan yang pedih tu!

Masa dalam Klinik waktu nak PTS tu, aku menangis tak henti-henti..PTS ni, sebelum die matikan baby, die tidurkan dulu baby which cucuk ubat kat bontot baby. then bila baby dah tidur baru dr matikan die. Sedih!!!


Apapun benda dah jadi, yang buruk tu semua dari aku. Baby tetap dalam ingatan aku.

Ni Lepas tiga minggu aku ingat jerawa


Ni lepas kena korek isi dengan doktor. actually benjolan yang aku cakap dah tumbuh tu dekat area yang sama tapi tak nampak sebab masih kecil.


Ni baby masa dah takde. Sedih sangat! die selalu jadi tempat aku mengadu dan selalu tengok air mata aku.Maafkan kakak baby!


* aku buat post ni bukan sebab aku nak korang benci kucing,bukan dan aku masih sayang kucing. cuma aku nak korang aware bila kena cakar kucing korang kena cepat-cepat ambil antibiotik or jumpa doktor k?!

* Jangan kecam saya Please.
Wasalam.

December 9, 2016

Dua Kos Berlainan dalam Diploma dan Degree

Assalamualaikum..

Hye. What's up?

Ya Allah, Lama giler tah hupdate,

Anyway saje nak catit dalam blog ni yg aku da officially Graduated in Bachelor Chemical Engineering Technology Hons. in Environmet pada 22 Oktober 2016.

Anyway, CD yang photographer bagi tu da corrupted. Ni je yang tinggal

Dan, Dan, dan aku ade Diploma in Construction Technology sebab tu lah aku punyer degree 4 tahun kaw!

So total tahun aku belajar lepas SPM adalah tujuh tahun, in between aku ade pengalaman kerja setahun jer!


Sekarang? Aku keje sebagai _ and _ Engineer. #Rahsia. 

Alhamdulilah,lepas habis intern menganggur dua bulan je. Pastu ade tiga job interview antaranya, On job training Sime Darby, Enviroterm dan SPA JKR. So aku pilih Enviroterm. SPA JKR tu memang aku tak perform langsung masa interview.

Ok lah. Di Zaman ekonomi yang gawat ni dapat jugak kerja. #rezekimasing-masing.

ok lah.bye!


Wasalam.



June 26, 2016

Baby, My Lovely Cat - Part 2

Assalamualaikum.

sambungan dari part satu,

Sejak kena basuh taik kucing tu lah aku tersayang kucing-kucing. So masa aku dah abes sekolah dekat UNIKL, dan masa aku jalani internship, aku ada buat part time cashier di Restaurant dalam Taman Rakyat. Dekat situ ada kucing yang baru melahirkan anak. dua ekor anaknya. Pekerja kat restaurant tu ada jugak bagi makan tapi aku kesian giler bila tengok mata die tak boleh buka sebab berair dan banyak tahi mata. Setiap hari pergi buat part time kat situ, aku akan lap kan mata kucing-kucing tu dengan air panas tapi tak baik jugak. Dan aku refer pada ira and ina mcm mana nak bagi kucing tu tak sakit mata.

Ira and Ina ni adalah pharmacist. So die memang terror bab-bab ubat ni. Die kata ko bagi je ubat sakit mata manusia yg sapu dekat pharmacy. So aku pon beli la ubat Terramycin dan sapukan pada mata kucing-kucing tu. Alhamdulilah,sembuh.

Lama-lama dah sayang, so aku fikir dah bolehlah jadikan adik angkat dan bawa balik rumah.hiks.

masa ni aku panggil dua beradik ni baby. sebab dieorang baby lagi dan kuat menyusu. mak dieorang aku panggil ibu je.


Selepas seminggu aku bawa balik tiga beranak ni, yang satu tu hilang, nta ke mana ntah. tak dapat jejak. sebab aku lepaskan mereka kalau aku pergi kerja pagi. Dengar cerita india sebelah rumah ni tak suka kucing dan kat sini banyak anjing. Masa hilang tu sedih.


Tambah pula, masa waktu tu ibu kucing tu tengah pregnant. so aku fikir, takpalah nanti ada pengganti, dalam beberapa bulan, masa ibu kucing  dah nak bersalin sangat tetibe ibu macam tersangat perit untuk melahirkan anak. Sedih sangat waktu tu. Ibu kucing lahirkan sekor je lepas tu anak yg dilahirkan tu mati. tapi dalam perut tu macam ada lagi yg nak keluar. 3 hari lepas tu ibu kucing yang tak lalu makan dan minum meninggal akhirnya. Pagi tu aku terjumpa ibu kucing dah keras bawah meja. sangat menyanyat hati. :(

Maka tinggallah seekor anak kucing je dengan aku. itu yang aku panggil dia baby.

baby yang sangat aktif,comel dan pandai.hiks.

ini lah Baby, My Lovely Cats!

ok. So far sampai sini je cerita my first pets!

Wasalam. 

June 25, 2016

Baby, My lovely Cats - Part 1

Assalamualaikum, Salam Ramadan.

Kurang dari dua minggu kita akan sambut lebaran.

Baby. nama kucing pertama yang aku pelihara. Pada mulanya, aku bukanlah seorang yang membenci kucing atau menyanyangi kucing. Nenek sebelah ayah memang banyak sangat pelihara kucing, manakala nenek belah mak tak berapa nak bela kucing.Nenek belah mak pembersih orangnya.Setiap kali dia nampak cucu dia main kucing, mesti kena cubit. Tapi aku hanya bersikap kesihan sahaja pada kucing-kucing yang ada. tak pernah sayang.

Tapi masa sem tiga kat Uni, A ah housemate aku ada bawa kucing kat rumah sewa kami. A ah was always the busiest girls and not always in the home. A ah cuma kurung kucing kat dalam sangkar dan bagi makan je. A ah jarang memanjakan atau membelai kucing dan aku pon malas nak layan kucing tu sebab kucing tu bukan milik aku dan aku rasa bukan tanggungjawab aku( itu dulu). Kucing tu berak kencing aku biarkan A ah basuh. A ah pulak jarang kat rumah, memang sampai tahi kucing tu dah keras baru cuci.

Dan masa sem 6, ina & ira the new housemate adalah pencinta kucing. Masa pergi rumah ira kat perak, pergh,, aku rasa rumah ira macam mini Zoo. ada dalam berbelas sangkar kucing dan arnab dan ikan dan kura-kura. so many pets in ira's house. Family ira memang sukakan haiwan. Ira dan ina dah kenal masa diploma lagi, jadi ina pon ter influenced  dari ira.

Nak dijadikan cerita, ina bawa dalam 5 ekor kucing termasuk kucing tua kesayangan dia - Hery. Hery ni sangatlah passive, tapi kalau kita marah dia faham, suroh berak dalam mangkuk jamban pon dia pandai. Ina and ira pon selalu takde kat rumah tapi die lepaskan kucing-kucing dia. Maka, setiap kali dia keluar dan aku ada kat rumah dia akan pesan

" Tiqa, tolong tengokan bebudak ni ea" 

Bila dia dah kata macam tu maka aku pon reda je lah. reda jelah dengan tanggungjawab baru.

Suatu hari, kucing ina nama oyen. berak atas tilam aku. pergh......... that moment, aku memang macam nak naik hantu tau. Masa aku masuk bilik je elok je nampak oyen tengah posing berak baik punyer! pastu aku menjerit sekuat hati aku. Oyen pon terkejut dan berlari keluar, macam tengah tau je aku marah. then apa lagi kena basuh cadarlah, dah la taik dia cair. sabau je aku.

Since that day yang aku kena basuh taik kucing tu, aku terfikir, kucing ni manalah ade akal dan fikiran, dia makhluk tuhan, maka aku perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang ade di muka bumi ini. - ada hikmah disebalik kejadian basuh taik tu. InsyaAllah.


korang penatlah taip sambil gelak sorang-sorang fikirkan basuh taik tu.


i tido dulu k? nanti kita sambung part 2. Bye.


Wasalam.

April 9, 2016

Temu Bual Bersama Melaka FM


Assalamualaikum.

Pada 17 Febuari 2015, 8.00 malam, aku telah terpanggil untuk merasai pengalaman berada di konti radio Melaka.FM.

Perbualan antara Miss Yus dan AKU,



Miss Yuz : Tiqa nak pergi tak temu bual di Melaka FM?

Aku: Melaka FM? Temu Bual tentang apa?

Miss Yuz: ala,, tentang UniKL MICET la. Melaka FM ade buat satu slot “ Universiti Saya”

Aku: ouh, Temu Bual tu cam ner miss? Tanya soalan ape je?

Miss Yuz: tentang UniKL la. Awak kan da ada pengalaman sebagai UniKL Ambassador, so saya harap awak boleh la cakap nanti.

Aku : saya sorang je ke?

Miss Yuz : tak, awak dengan firdauz ( alhamdulilah ade kawan)

Aku : ok miss!

Miss Yuz: malam ni pukul 7.40 saya amek awak.jgn lambat tau!

Aku: Alrite!



So sebelum pergi tu bertungkus lumus aku buat skrip tau! Berdebar! 10x hafal pon x masuk masuk,atlast give up dan terus berserah dan fikir baik aku buat spontan ajer!

7.30 lepas solat aku siap-siap pakai sweater je, bukan masuk tv pon dengar suara je.hikhikhik, aku lambat rupenyer, miss yuz and daus dah tunggu da, hujan pulak lebat masa tu.  Tapi kami sampai konti awal, so rehat di ruang tetamu dulu. tepat jam 8.30 kite org dijemput masuk konti dan terus di temu bual. Slot tu 30 minit je, dan setiap 5 minit temubual disela kan dengan 5 minit lagu, so kiteorang ade masa lebih kurang 15 minit je. Lajut macam kilat aku jawab soalan die! Rasa tak puas la… nak lagi,, hiks hiks.

Sebelum aku masuk konti aku sempat update status kat FB suruh member dengar, memang ramai dengar, siap member rakamkan..terharu aku! Bagi aku bukan mudah nak dapat pengalaman seperti ini. Alhamdulilah, temu bual lancar. Ini adalah pengalaman yang manis bagi aku semasa bergelar pelajar.

Gambar semasa dalam konti Melaka FM

Wasalam. Nite, xoxo!


February 29, 2016

Rumah Berkat, Bukit Fraser

Assalamualaikum,

Pada 26 Febuari 2016, aku telah mengikuti Kursus Sasaran Kerja Tahunan Pejabat Dewan Negeri Selangor, seperti yang korang tahu, aku kan pelajar praktikal je, so scope kerja aku untuk kursus ni adalah menyediakan Fail Meja Utama untuk pejabat dewan, sebelum bertolak ke Fraser Hill aku telah pun siapkan. So masa aku di Fraser Hill nanti aku kena jadi EMCEE. Alah,, emcee biasa-biasa je, macam emcee hari keluarga je, tak formal pon. Tak formal pon tapi berdebau tau! Haha! Maklumlah first time jadi emcee. Tapi memang seronok, rasa nak jadi lagi jer!

Kami berada di rumah berkat fraser hill tu selama dua hari satu malam je, jumaat pagi kiteorang gerak, sabtu petang kita orang gerak balik.
Best giler la kat Fraser Hill tu,sejuk nyaman sangat! Die punye sejuk, Australia pon kalah.  Tapi masa pergi dan balik die punye jalanraya macam ular kena palu, lebih teruk dari Cameron Highland, InsyaAllah ini kali terakhir aku datang Fraser Hill Kot, tak larat muntah-muntah otw pergi dan balik. Kalau pergi pon, diberi pilihan aku nak naik helicopter! Hiks!


Di Rumah Berkat tu macam – macam aktiviti yang kami lakukan selain bengkel, antaranya senaman pagi dan games yang disediakan oleh Tourism Selangor #EatTravelSleep.


 Ok. Sampai-sampai je kami dihidangkan dengan makan tengahari, lepas tu solat zohor dan sesi bengkel bermula. Lepas habis bengkel petang tu kami ade minum petang di pondok luar rumah berkat yang sangat indah  dan nyaman pemandangannya seperti dalam gambar.


 so malam jumaat tu selepas solat isya' berjemaah kami ade sesi makan-makan BBQ dan acara penyampaian hadiah sambutan harijadi dan kelahiran bayi. Tu i jadi emcee nta apa-apa jelah. hiks. Asal ade pengalaman, Pengalaman jadi emcee ni macam satu penghormatan utk aku tau sebab rasa diri dipercayai.hiks!

haa. ini masa sesi pemotongan kek sebelum sesi penyampaian hadiah. tema BBQ utk kali ini adalah topi. so semua orang kena pakai topi. sporting la sikit bro!

 dari kiri: aku, anak buah kak norlie, kak norlie dan anak,pn farah dan pn ita.

Lepas Sesi BBQ kami ada games kerusi beracun, whispering words and tepuk-tepuk. nampak macam simple je tapi die punyer kelakar sampai gelak berguling-guling tau! best giler games yg disediakan oleh pihak tourism selangor.

pagi esoknya kami ada sesi senaman erobik lepas solat subuh. Ya Allah.. sejuk giler!! tapi aku rileks je pakai t-shirt. suasana pagi di sana macam hujan tapi actually itu kabus. so nyaman youuu.
see.. kabus tebal giler!
ouh. luper nak bagi tau, dalam rumah berkat ni ada lebih kurang 20 bilik tidur. satu dewan, satu dewan makan, satu ruang tamu yang sangat sesuai untuk buat family's day. untuk pertanyaan lanjut bolehlah google tourismselangor.gov.my.
ada juga BBQ punya stove, so senang nak buat BBQ . dekat dalam rumah pon ade stove, tp untuk panaskan badan. hiks. suasana memang sangat english style, banyak bunga-bunga yang segar dan cantik. korang patut datang sini, atleast sekali!
 pemandangan luar bilik i.haa... so cantik + sejuk!

 Ruang tamu utaman
 Ruang tamu atas
 ini bilik aku bersama cik Ainm kami kongsi berdua. Ade bilik air sekali.
ini bilik kak norlie dan anak-anak. serius luas sangat. Katil kings ada dua.
 ok. last pic ni kami ambil dikawasan pekan Bukit Fraser, Actually byk lagi pics, tapi takpelah nanti muntah pulak korang tengok.hiks!

wasalam. nite!

October 29, 2015

KickStart Cafe,Alor Gajah Sempoi!

Assalamualaikum,

korang hari ni saya nak share tempat lepak kami bebudak unikl alor gajah and uitm alor gajah. iyelah kami ni duduk kat area kampung. tapi kampung bukan kampung hokey! kampung kami dalam bandar. hahaha. kengkadang bila otak da tepu buat assignment kami ni bukan nak makan sgt,saje je nak melepak. tapi cafe ni memang lain dari yg lain. bila saya masuk je tetiba rase mcm suasana dalam cerita ghost rider  yg babak setan jahat tu tunggu depan cafe tu, bila masuk rasa mcm dalam cowboy town.

KickStart Cafe,

tempat ni memang sesuai untuk jiwa remaja muda macam saya ni ha. memang murah dan affordable la beb!

caramel latte RM 2.40 dan ice-blended cappuccino RM 5.90  murahla. caramel latte RM 2.40 murah? bagi saya murah,sebab kengkadang kalau beli yang besar kena bayar RM 5.00 tapi tak habis pulak,dah membazir. so kat sini RM 2.40 tu boleh la untuk sejuk kan tekak. hihi. banyak jugak menu yg murah-murah,antaranya seperti di bawah.

Meatball RM 5.00
gambaran kickStart cafe di dalam -ada air-cond
kalau korang perasan, meja kat KickStart cafe ni semuanya meja terpakai. Meja zaman saya sekolah rendah pakai meja kayu. saya memang suka idea tauke ni, menggunakan barangan terpakai dan mengubah menjadi seni.bagi saya seni. dan sebagai seorang pelajar environmental engineering. This is one of good things/good idea that we need to use and practice to help reducing the new extraction of material, thus help a sustainable environment.
kickStart Cafe di bahagian luas agak luas, but still tak dapat menampung tetamu yang ramai. Soon KickStart Cafe ada dibahagian bumbung. amacam? sempoi?. nak rasa suasana cafe dalam filem Ghostrider, datang sini k! senang je cari je bus station alor gajah sentral depan sikit.ha,situlah.semoga jumpa k.

Wasalam!