August 29, 2013

Aku Bukan Pemain Hoki Malaysia.

Assalamualaikum dan hai semua!

nak tau tak aku cuti sem hampir 4 bulan daaaa.da tak tau nak buat ape kat rumah ni ha."otak please la jangan beku".kalau tidak memang susah la nak cair waktu sem baru start nanti.hihihi.

Aku Masih Pemain Hoki!

aku memang pemain hoki sekolah dari form 1 hingga la form 5. masa forrm 1 hingga form 3, aku selalu main ke peringkat negeri.walayehh,memang da cukup ok la tu.almaklumlah.bukan senang nak p peringkat negeri.kene lawan dengan beberapa daerah dulu.haaa kaaan.masa jadi pemain hoki sekolah seri mahkota dari form 1 hingga form 3, setiap pukul 3 petang da start training da.oiii latihan memang berat,badan aku masa tu memang cun la.kebanyakan latihan untuk meningkatkan tahap stamina kita supaya bila main sikit takde le asyik panciiiiiit je.hihi.

masa form 4 dan form 5 aku pindah sekolah di sekolah teknik bukit piatu melaka,masa kat sekolah teknik tu,kiteorang punye padang kecil giler,muat-muat lari untuk 200 meter punya track je.so bebudak perempuan tidak digalakan bersukan.akan tetapi kalau ada pertandingan kita orang pergi je. tak payah training.tapi menang pulak tu.hahaha.kelakarkan.tula orang kate rezeki memang takan dapat kite jangkakan.so pergi jugak la peringkat negeri.sampai peringkat negeri kalah.macam tu je lah pencapaian aku sebagai pemain hoki.

*training,training dan training.

masuk pulak Unikl Micet ni ade pulak kelab hoki perempuan yang baru nak ditubuhkan.so aku pon join.petang-petang abes kelas turun training lagi.tapi yang tak bestnye Unikl lain takde pasukan hoki perempuan.so kiteorang tak boleh nak pergi jauh sangat la.lawan antara kos je.

aku ni terror la jugak timbang bola hoki sebelah tangan*sebelah tangan k.gambar ni masa hari ko-Q diadakan.
ok ni pulak masa perlawanan kss micet jan 2013.perlawanan diadakan antara kos.kami kumpulan hoki perempuan environment mendapat johan!huhu.
ok ini lah jaguh-jaguh kos environment.yang pakai tudung hitam tu huda.die baik dengan aku.umur die bawah aku baru 19 tahun.ok huda akan fly ke Uk this sem.Good Luck huda!
ok.ini pulak geng-geng hoki aku,semua ni pemain hoki micet.mereka semua baik-baik!

ok itu sahaje cerita aku.tajuk cerita aku nak world je kan.!

bye!

No comments: