August 29, 2013

Disiplin Diri Sendiri.

Assalamualaikum

This entry aku nak cakap pasal DISIPLIN.sebab aku rase sejak akhir-akhir ni aku memang da tak berdisiplin(bukan dari dulu ke ko tak berdisiplin).hahaha.ok dulu tak penting.yang penting sekarang AKU KENE BERUBAH!.ok untuk mendisiplin diri aku.aku nak tulis kat belog kesayangan aku ni supaya aku ingat dan aku nak share dengan korang ape yang perlu kita disiplinkan!.

1.Bangun Seawal 6 pagi
ok.sebelum ni aku bangun pada pukul 6.30,6.45 dan kengkadang aku subuh pukul 7.15.engkauuuuuu.melampau tau Atiqah!

2. Mandi Pagi Seawal 7 pagi
selalu kalau ade kelas je mandi awal.kalau duk rumah selagi tak keluar atau selagi tak berpeluh memang tak mandi la.hahah.selalu lepas solat tidur balik kan.so bangun da pukul 10-11 pagi da nak masuk tengahari.mane tak kene pekik dengan mak aku.auuummm.

3. Sarapan pagi seawal 7.30 pagi
mmm.aku selalu skip sarapan pagi.pukul 10 baru nak sarapan.kang pukul 1 da makan tengahari pulak.mana tak gemuk.makanan tak sempat nak hadam yang tadi punye da datang satu lagi.kan

4. Solat Jangan Dilewatkan
kebanyakan orang memang ramai yang lewat solat,termasuk aku sekali.kengkadang bukan sengaja.kalau disebabkan kelas, tidak mengapa kerna belajar termasuk dalam salah satu jihad.tapi yang tak sengaja ni yang buat aku rase nak lempang diri sendiri je kan.hihihi.ok.Atiqah you cannot do this anymoreeeee!taubat la Atiqah Oi!

5.Makan Tengahari dan Malam
Atiqah oi.kene ingat kau kalau nak makan tengahari jangan main balun je.asalkan sedap kat tekak kau je kau balun kan.ha.so aku kene amek MAKAN TENGAHARI  dengan PORTION yang SEDERHANA pada waktu rehat dalam lingkungan PUKUL 1-2.supaya tak mengantuk di dalam kelas t atau waktu kerja t.MAKAN MALAM plak aku kene disiplinkan diri aku untuk TIDAK MAKAN SELEPAS PUKUL 7 MALAM.ok.ini disebabkan aku nak kurus.so aku tak boleh makan malam.

6. Mandi Petang
aku selalu mandi petang pukul 10 malam.ini adalah sangat bahaya untuk kesihatan.boleh nak mandi malam tapi kene gune ayak panasss.ok tapi aku takan mandi selewat ini  lagi.sebab aku hanya akan mandi malam pukui 6.30 petang k.ingat!jangan cakap je pandai!

7. Tidur
ouh tidur!.tidur aku kene tidur selewat-lewatnye pukul 12.00 malam.ok.12 malam.no more excuses after this.siapa suro kau tangguh keje?

mmmm.InsyAllah aku akan applykan 7 bende yang aku tulis ni pada esok hari seawal aku bangun tidur pada pukul 6 pagi esok!sebenarnye disiplin ni akan membuatkan hidup kite lebih teratur.selain akan menjadikan hidup kita lebih sihat.

ok sampai disini saje.semoga Allah mempermudahkan urusan aku pada esok hari.Bismillah.

*pssttt ade lagi nak cerita pasai disiplin ni.t check it out k!

Assalamualaikum.






1 comment:

Leods Presla said...

rajinnya tulis panjang-panjang hehe...

http://walkstatic.blogspot.com/2013/08/giveaway-saya-nak-teddy-bear-by-farisha.html