August 16, 2013

Raye Ke-5 2013 bersama tetamu Korea!

Assalamualaikum

okkkk.macam mane dengan sambutan aidilfitri korang?ok? tak ok? ok tak ok aku doakan korang semua dapat merasai aidilfitri dengan penuh bermakna.walau jauh disudut hati menangis.kita sebagai orang yang sedih janganlah asyik bersedih.ceriakan hari kita dengan benda-benda yang positive.ujian yang datang itu bersifat sementara.reda,tawakal dan berdoalah kepada yang MAHA BERKUASA semoga kita ditabahkan dengan ujian yang diberi oleh-NYA.

Alhamdulilah walaupon raya aku tak semeriah mane,tapi aku bersyukur sangat-sangat kerana tahun ni aku dapat beraya bersama rakan-rakan sekolah rendah.so lepas acara raya pertama selesai di Klang aku terus balik Melaka kampung halamanku,tempat membasau aku dan tempat jatuh.bak kata orang,tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula sijantung hati(ini da lain bunyi da ni).

ok masa mula-mula tu plan nak pergi beraya pada hari raya ke -3 atau 4 tapi tak jadi so postpone hari raya ke-5.da plan-plan dengan kawan-kawan berkumpul depan masjid pulai.tungu punye tunggu punye tunggu 4 orang je yang datang.aku,mina(my cousin),huda,ikin dan rahman.(3 kereta).

walaupun 4 orang kiteorng tetap meneruskan misi untuk beraya bersama ke rumah rakan-rakan yang lain.

ok rumah pertama raya ke rumah Amalina@masterchef.hihihi.die adalah pelajar jurusan kulinari(degree).dari kiri Amalina,Mina,Aku,Ikin dan Huda.
lepas pergi rumah Amalina ingt nak pergi rumah Nasrul.tetibe Nasrul kate die keluar sekejap then Nasrul Suruh datang lambat sikit.soo kite orang beraya rumah ikin.sebab masa tu pon da zohor,ikin kate solat kat rumah die je.kiteorang pon ikot je lah.
masa kat rumah ikin tu tetibe kiteorang terkejut sebab ada orang korea yang kira ramai la jugak.satu bas.tapi yang ada dalam rumah ikin ada 6 orang.masa kiteorang datang tu kan dalam pukul 1 lebih die orang masa tu tengah lunch.tapi kiteorang duduk makan kuih raya.lepas je diorang abes makan.salah sorang daripada mereka datang kat kiteorang dan borak-borak.borak punye borak apa lagi ajak amik gambar ramai-ramai la!
ko tengok aku,main excited lagi huh!
lepas bergambar sambung berborak.borak punya borak takan la kiteorang ni nak menepek je kat rumah ikin ni..so ikin orang pon berangkat nak ke rumah rakan yang lain.tup tup die orang nak ikot.nasib kereta kosong.so boleh lah bawa dieorang ikot pergi jalan raya.tengok culture kite.
ok lepas tu kiteorang bawa pergi rumah mina.kat rumah mina kiteorang bagi org korea ni makan mee hun,dodol dan wajid.dieorang boleh makan pedas dan dieorang suka kari ayam sambal sotong.tapi dieorang kurang fasih berbahasa english.
dieorang ni baik-baik semua.bagi apa je makan.yang palinh kanan tu name die ade nama orang putih sikit.Daham.sebab die lahir kat Amerika katanya.tapi Daham seriously can speak English very well!
ha jin,daham,jung song lagi satu tak ingat.
dieorang setiap kali nak berlalu pergi dari setiap rumah dieorang akan buat persembahan sebagai tanda terima kasih.comel sangat! you knoe...aku memang suka bebudak.aku memang suka melayan bebudak!miss them already :(
suka sangat dieorang!!rasa tak nak lepaskan dieorang je!
ok ni masa kat rumah aisyah dan family. gambar masa kt rumah Nasrul(yang pegang camera dslr) xde.
ni masa kat rumah haris saori.haris saori seriusly da lame giler tak jumpe.alhamdulilah di raya ke 13 dapat jugak jumpe rakan-rakan.
ok ni kat rumah rahman.masa sampai kat rumah rahman si jun song plak sakit perut sesangat.kiteorang da cuak da,,so kiteorang bagi die baring restkan diri mungkin perot die terkejut makan banyak sangat tak henti-henti.hihihi.so kiteorang decide lepas kiteorang pergi rumah rahman kiteorang akan ke rumah huda.tapi hantar bebudak korea ni balik dulu.sebab kesian benau tengok muka dieorang.
tengok tu muka dieorang da macam ayam berak kapur da.sampai nak balik cikgu die plak kene buat persembahan.hahaha.tapi parents rahman bagi banyak goodies kat dieorang.so hilang penat dieorang.
ni plk masa kat rumah huda.dari kiri rahman,haris saori dan nasrul.men kusyuk lagi dengar ceramah dari amir yusof.
ok last sekali pergi rumah nabila ahmad.sebalah huda tu.yang pakai songkok faiq the business man dan yang pakai kopiah tu fitri aslo the business man!semoga rakan-rakan aku semua berjaya dengan karier masing-masing.btw end of this year rahman dah nak kawin da.next year tak dapat la jenjalan dengan rahman lagi.sobsobs.

*aku sayang rakan-rakan aku!
ok sampai disini saje post raye 2013 aku.
semoga korang enjoy baca post ni.
wasalam.


No comments: