August 27, 2014

Motivasi Diri at D'kok Eco Camp

Assalamualaikum.

salam akhir syawal.alhamdulilah kerana masih diberi kesempatan untuk merasai ramadhan dan syawal pada tahun ini. kalau tak,tak de lah tulis post ni kan.Ye dak? hehehehe

ok,untuk cerita kali ni saya nak cerita tentang pengalaman diri saya menjalani motivasi diri di D'kok Eco Camp,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Macam mana pulak boleh pergi camp dah tua-tua bangka ni? setahu saya lah kan kalau remaja-remaja yang da nak masuk peringkat dewasa ni dah takde dah pergi menyertai kem-kem motivasi ni kan. Yelah..kata kan remaja,remaja dah nak masuk peringkat umur dewasa dah,takan tak tahu menguruskan diri?takan masih tidak boleh berfikir secara waras? atau masih tidak cukup adab yang cikgu kat sekolah beri?

Ceritanye begini,untuk short sem kali ni,saya ambil subject Principle management dan disebabkan kesuntukan masa sem dengan raya,puasa, and whatsoeva..kiteorang decide taknak buat assignment yang ditugaskan dan pilih untuk menguruskan satu kem motivasi untuk satu kelas yang seramai 16 org. setelah mendapat persetujuan satu kelas kami pon ke D'kok Eco Camp pada 11hb Ogos 2014. disebabkan kuantit yang seramai 16 orang tu dan budget tidak cukup jadi kami ambil pakej RM150(2 hari 1 malam).

sampai-sampai je terus selfie -____________-

ok,ni bilik saya untuk 3 orang,sangat selesa,bilik ni ade bilik air sekali.semua kelengkapan ade!korang cuma bawa badan dan jangan lupa bawa baju,dan kelengkapan mandian.bilik ni siap ade aircond! tapi malam je la. hahahah. fresh air conditioner mmg sangat sejuk sampai menusuk ke tulang.serius kat sini mmg sejuk!!
aktiviti pertama ice-breaking sesama kawan satu group!cerita pasal ice-breaking ni mmg bagus untuk pelajar-pelajar universiti sebenarnye sebab kengkadang kita tak kenal pon rakan sekelas kita.macam kelas kiteorang ni kan mmg muka tu pernah nampak,tapi tak pernah tegur,jadi bile buat mcm ni selain kite dapat kenal mengenal,kite jugak dapat membuang segala perasaan malu atau ego untuk bertegur siapa.
ni pulak aktiviti gelakan muka kawan yang ade getah!hahahah!takdelah. objektif aktivi getah dimuka ni adalah untuk mengenal kawan kita walau sehodoh mana pon die kita tetap berkawan.terbaik!
objektif tiup belon ni pulak untuk saling membantu antara satu sama lain,walaupon tangan diikat dan air liur kawan berjejes-jejes(tak payah nak geli sangat k?) belon tetap boleh ditiup dan ikat :)
lepas minum petang  kiteorang buat aktivi flying Dugong :P . makanan kat sini memang best.buah-buahan tempatan pon banyak!
malamtu kami buat sesi public speaking setiap sorang dan berkaroake. dieorang hawa,yan,ina dan hawa ni memang suka karoake!cuba kalau public speaking menyorok-nyorok muka die..kemain gumbira walaupon handphone disita.public speaking ni saya suka sebab boleh menyuara apa pon ape yang ade dalam pale otak ni haa.selain dapat memperbaiki cara bercakap depan orang ramai.

lepas acara karoake,aktiviti seterusnya ialah night walking! kooooo! melampaulah kalau suroh i jenjalan sengsorang,nasib berkumpulan.i ni da lah penakut gelap. night walking dalam 8km dengan arahan yang diberi mmg agak tatott.tatott sikit je :P

keesokan harinya macam-macam aktiviti berkumpulan dijalankan.memang best!rasa tak nak balik. rasa macam tak cukup je ambil pakej 2 hari 1 malam :(

sebenarnye nak cakap,macam usia saya ni saya rasa saya suka dan mencadangkan makcik-makcik,pakcik-pakcik yang dah bekerja juga bolehlah menyertai aktiviti macam ni sebab kengkadang kita ni bila usia da meningkat,kita lupa dengan adab-adab atau  sifat-sifat baik yang perlu ada pada setiap manusia. sebagai contoh, pelajar zaman sekarang ni jarang yang hormat pada lecturer bukan la bermaksud pelajar sekarang ni kurang ajar,,bukan,,maksudnya macam zaman dulu lecturer dikejar-kejar,dihormati,di kasihi,didampingi. contoh diri saya sendiri,jarang untuk mendampingi lecturer.lagi satu kita ni makin besar makin ego ditambah pulak banyak masalah yang kita hadapi jadi kita sebagai hamba Allah yang lemah ni kengkadang terpesong jugak.. tu sebablah kita makin dah tua,makin kena banyak pergi kem motivasi,ceramah dan seumpamanya.
jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi yang berkenaan seperti gambar dibawah.itu saja dari saya.Assalamualaikum.




No comments: