August 10, 2014

Rumah Sewa Smallville

Assalamualaikum dan selamat hari raya yg ke -13. Dah lama tidak bersua..  Hari ini saya baru je lepas makan popia hasil sendiri.  Sejak berkawan dengan syarifah ainur shamimi ni hobi memasak semakin terserlah! Cewah! Almaklumlah mimi ni suka memasak,jadi secara tak sengajanya aku pon turut terbelajar cara-cara memasak pelbagai jenis masakan lauk pauk,kuih muih, dan goreng -goreng.


ok.ini ayam masak kicap dan sayur goreng yg dimasak oleh mimi.aku buat popia dan sediakan air je.

ok. cerita pasal rumah sewa ni,sebelom ni kami sewa ditempat lain,tempatnye terpencil didalam hutan dan agak seram sikit la..tu sebab la saya namekan rumah sewa smallville. kami duduk selama 6 bulan je kat rumah sewa yg lama tu sebab kami pindah kerana semasa kami sedang bercuti semester rumah kami tu telah dirompak dan kami bercadang untuk berpindah ke taman jati.keadaan rumah yang agak selamat daripada sebelomnye.tapi nama rumah sewa smallville tetap ade.huhuhu.

ni bilik aku.tak berape nak kemas sangatlah :P
rumah ni ade tiga bilik.so kiteorg amek sorang satu bilik.sebulan RM 350 bolehla.
inilah keadaan dapur/tempat memasak.overall okla utnung 3org.

pelbagai faedah boleh aku dapat masa duduk rumah sewa sebagai contohnya, aku dapat kawan dengan mimi yang suka memasak. aku yang dulu tak tahu memasak skrg dan boleh memasak . kita bile duduk rumah sewa ni sepatutnya belajar sesuatu yang baik dari kawan-kawan. jangan duduk aje dalam bilik tak bergaul. bile kite tak bergaul atau asyik terperuk dalam bilik main laptop dan what so on.. kite tidak akan dapat pertukaran idea masing-masing. lagi satu kalau duduk rumah sewa ni kene lah pandai urus diri. ade dengar cerita daripada seorang kawan, housemate die dihalau keluar sebab pengotor dan pemalas. cakap pasal pengotor dan pemalas ni memang ade orang camtu kan sebenarnye. pergi kelas bertepek-tepek bedak,berpentes-pentes make-up, tapi bila tgk bilik die macam tongkak pecah,sisa makanan dalam mangkuk berkurun-kurun ade yang jadi ulat,ade yang jadi kulat. ya Allah.. kalau jadi perempuan tu biarlah kene dengan wajah.biarlah bersih sikit,,aku takdelah cakap aku ni rajin, tapi aku tiap-tiap hari memang kemas bilik,sapu sampah..buat housekeeping. kengkadang tak faham dengan org yg mcm ni.

korang kalau nak sewa rumah pandai-pandailah pilih kawan yang serasi k!

Assalamualaikum.bye!



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nama saya farah :) saya ada email akk psl unikl micet. Harap akk dpt kongsi pengalaman. Tq