September 3, 2015

Jom ke Pasar Malam!

Assalamualaikum.

Jom.jom.jom ke pasar malam!

korang! korang suka tak pergi pasar malam? dulu masa zaman sekolah menengah form 1-3 aku suka sangat pergi pasar malam ajak kawan-kawan cuci mata.iyelah..masa tu aku budak baru nak up! kahkahkah! lagipon aku memang jenis yang setiap hari makan nasi bungkus. tapi disebabkan dekat area kampung rumah aku pasar malamnya setiap isnin.so that would be the MUST activity on Monday! after magrib mesti ke pasar malam. kalau tak aku pergi kedai makan je beli nasi goreng bungkus. pasar malam kat area kampung ni takde le sepanjang pasar malam area bandar. so 3-5 kali aku tawaf pasar malam tu. belinyer tak!

masuk form 4-5 aku masuk sekolah asrama,so ade waktu outing dan dah jarang pergi pasar malam. masuk KKTM sri gading hari sabtu ahad je boleh keluar,nasib baik pasar malam hari sabtu dan paling best sebelah KKTM je dan lagi best sebelah KKTM tu da ade mcd!kelas kau jah!dekat sri gading parit raja pasar malam die pon takde lah besar dan sesak mane macam kat bandar. dan aku tengok dekat pasar malam area kampung ni kan takde pengemis! ini tandanye orang kampung ni kaya-kaya? atau takan nak mengemis kat kampun sendiri? lagi satu pasar malam kat area kampung ni murah-murah!

bila da abes zaman diploma ni bekerja di LSCSB so duduk le dekat bandar sri putra,pasar malam pon dekat dengan opis..so lepas abes keje selalu singgah pasar malam dulu.

tapi sejak da degree ni aku rase ak da takde kuaserkkk nak pergi pasar malam! dah fikiran aku dah berubah .aku fikir orang yang pergi pasar malam ni sebenarnye adalah orang yang takde keje,terlebih masa atau suka membuang masa! itu negative tought aku lah

sebenarnye apa orang kata kalau kite fikir negative kite akan jadi negativekan so kalau kite fikir positive kite akan jadi positive. gain something!  apa yang aku dapat dekat pasar malam sebenarnye aku tersedar dengan orang-orang yang kurang upaya dan kurang mampu. ade orang kurang upaya dekat pasar malam minta sedekah untuk mencari rezeki kerana mereka dah abes upaya,mungkin dah abes ikhtiar dengan pelbagai cara. hanya dengan meminta sedekah mereka dapat mencari sesuap nasi mungkin.

bile ade situasi begitu aku akan berasa bertuah nye aku dan aku akan rasa simpati dengan mereka. secara tidak langsung korang akan menghulurkan seringgit dua ringgit dengan ikhlas hati insyaAllah itu akan mendapat kerberkatan hidup. so kesimpulannya bila kita ke pasar malam kita insyaAlllah dapat menginsapi diri dengan tidak melupakan orang-orang yang tidak mampu.apabila kita menderma dengan ikhlas insyaAllah Allah akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda.

so no execuses why not going to pasar malam! buat amal jariah boleh dengan pelbagai cara dan di mana saje!

semoga hidup korang diberkati oleh Allah SWT.insyaAllah.wasalam.






No comments: