September 12, 2015

Pembedahan Gigi Bongsu 2015 !

Wisdom tooth minor surgery yang Best sangat!

Assalamualaikum!

Pembedahan Gigi bongsu secara general anaesthesia memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan!

Awal 2015 gigi bongsu mula nak tumbuh tetibe rasa sakit both kiri dan kanan gusi. Ditambah pulak memang suka mengunyah makanan yang keras especially keropok ikan cap pinggan atau keropok ikan cap juara! memang sodap kalau dapat cicah dengan sos!

hari seterusnya bangun tidur tetibe cemas sebab terasa macam ada ketumbuhan atas gigi. kau biar betul ketumbuhan atas gigi?! ouh bila pergi cek doktor itu sebenarnya adalah gusi aku yang dah terhempit oleh gigi bongsu yang tumbuh secara horizontally/melintang dan menolak gusi aku sampai duduk atas gigi!

Blah!blah!blah! doktor kata awak punye gigi bongsu kiri dan kanan kena buang sebab it is impacted tooth. So klinik hantar aku ke hospital besar melaka bahagian pakar bedah mulut dan dapat la panggilan sampai ke hari pembedahan.

Ingatkan nak cabut gigi bongsu ni biasa-biasa je! rupanya aku kena tanggalkan semua underwear! argh malunyar masa tu! takdelah tangal tak pakai baju.pakai baju operation tapi tak pakai underwear la.

Baring atas katil dan nurse tolak aku ke bilik pembedahan.masa tu da cuak! then nampak doktor semua pakai baju biru. masuk bilik operation doktor suruh aku sedut nitrous oxide aku ingatkan oxygen, masa da sedut tu aku tolak tangan doktor tu aku cakap pening,lepas tu aku da tak ingat apa-apa!

tetibe sedar ada orang panggil nama aku, and  bangun dari operation tak tahulah macam mana aku boleh terbayangkan macam ada pucong tengah melawat aku,kelakar! dan satu lagi aku macam nampak lembaga hitam tangah merangkak! whateverlah! yang penting masa tu aku haus sangat!haus sangat!haus sangat!!! aku minta air dekat wad operation semua buat bodoh! ahhahh.masa tu aku tengah mamai lagi!

dah balik bilik wad biasa aku still tak boleh bangun,tapi aku cuba bangun sebab nak minta air,aku try bangun duduk tapi jatuh balik. then sorang nurse tu nampak die tanya nak apa? aku cakap nak air . dia kata tak boleh lagi, pukul 3 ptg baru boleh k?then aku sambung tidur balik.

Pukul 2 aku da boleh bangun, aku bangun buang air, masa pergi bilik air terkejut tengok muka sendiri kat cermin sebab dah rupa vampire da aku! aku gigit kapas yang sangat panjang sampai bawah dagu then kapas tu penuh darah!!OMG menakutkan!kahkahakah!

then nurse datang tukar kapas dan bagi air.alhamdulilah,lega gila dapat nikmat air.tapi tak boleh makan lagi. aku kena tahan wad masa tu. sebab aku drive sorang je.doktor tak bagi drive sengsorang lepas operation. ok aku tido wad semalam.

lepas operation memang tak sakit, balik rumah aku siap tak amek ubat pankiller tu. hari ketiga baru aku ambil sebab sakit menusuk-nisuk. sebenarnye tak sakit,tapi mengganggu emosi sikit la.nak makan susah.takde mood nak makan. ade aku kesah! dah tekak ni memacam nak makan,aku telan je!hahahah.

muka aku tak bengkak langsung sebab mungkin gusi aku jauh dari urat atau memang muka dan pipi aku dah selalu nampak bengkak! so biasa je.takde perubahan kat muka pon.

total cost untuk semua pembedahan + tinggal wad sehari + pendaftaran= RM 50 +RM 3+RM 5 = RM58 boleh lah dari buat dekat klinik swasta dah mungkin 2-3 ribu!

Bagi aku hospital kerajaan  pon ok je! doktor semua baik giler! layanan aku bagi 5 bintang sekali dengan nurse! tapi dekat hospital melaka jelah! ok. itu saja. xoxo! wasalam!



1 comment:

sharinakamar said...

Salam.nk tanya.bahagian pakar bedah mulut tu kt blok mana?gigi geraham bongsu blh kanan ni dh sakit.xsbr nk cabut.awl thn ritu cek kt klinik gigi MITC.tp suh refer kt Hspital bsr.sy xg sbb mse tu sy tgh pregnant...