September 9, 2015

Taman Botanikal Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka

Assalamualaikum

Hye korang. Semalam saya dan kawan saya merangkap housemate saya, pada awal semester bersamaan isnin, dan saya baru je disçhrge hospital pada hari sebelumnyer twlah meronda-ronda melawat bandar melaka ! Kak long melawat kawasan! Actually farhana nak cari snicker dari alor gajah ke mahkota prade ke dataran pahlawan ke aeon bandaraya ke mitc masih tak dapat juga snicker tu. Entah macam mane le yang die nak pon saya tak tahu.

Ok. Masa sampai aeon bandaraya melaka je da pukul 1.30 so saya ajak farhana makan di tempat favorite kiteorang sukiya. Alkisahnya saya baru je dua hari buat pembedahan gigi bongsu. Tapi tekak ni memacam nak makan! Dengan pakai baju lab nyer. Ishishish!

Ini farhana. Die makan gyudon.taktahu le macam mn eja! Tp yg penying dagingdaging. Saya yg tak boleh kunyah pon tak kurang jugak makan ayam dan telur!! Telur tak boleh makan lah waktu sakit bengkak!

Lepas makan gatal betul gusi ni. Macam baby baru nak tumbuh gusi

Disebabkan cari snicker farhana tak jumpa kiteorang decide nak balik.tetibe lalu depan taman botanikal hutan reakreasi ayer keroh farhana tanye..kak ko penah pergi sini tak? Pastu saya pon buat muka sedih dan dengan sedihnyer mwnjawab...tak pernah fan..
Jom le kalau nak singgah kata fan. Saya pon ape lagi! Jom! Turun kereta terus twrjah kat tempat parking basikal . okey sewa basikal ni RM 5 untuk 2 jam. Okey lah .basah armpit saya 😅😅

Permukaan tanah kat sini berbukit bukit. Memang sesuai untuk jogging dan cycling. Dekat sini juga ade sky trek tapi baru nak set up.maybe next time kiteorang akan cuba sky trek.
Kan dah kata kawasan tu berbukit bukitbukit. Mencanak kalau naik bukit tu. Setiap kali naik bukit kene turun basikal.tercunggap akak😅😅
Suasana hutan dan taman memang menenangkan jiwa dan fikiran yang serabut atau boleh menghilangkan stress.

Bagi saya pemandangan dan suasana kat taman botanikal ni memang nyaman.kat sini banyak udara segar. Nak cuci mata tengok abang sado pon boleh! Lol!
Entah berape kalori la lemak kami terbakau agaknye.
Tak sangka main basikal dari kul 5.00 sampai pukul 6.35 rasa macam sekejap ajer!
Next time datang pakai seluar trek suit kasut sukan k?
Boleh buat lompat bintang sekali!

Okey.gunalah masa yang terluang dengandengan isian yang bermanfaat.pilihlah aktiviti yang sihatsihat! Xoxo!

Wasalam.

2 comments:

Ariesha Noorezan said...

Bahaya tak kalau pergi berdua je (perempuan)? Selamat tak ye kawasan tu? Hehe :)

ieqa said...

Dekat situ kawasan agak luas dan kena pandai jalan,dekat pokok -pokok ade sign untuk balik keluar *kalau sesatla. InsyaAllah tak bahaya. ade je ramai orang jogging. tapi for safe precaution bawa kawan rama-ramai. dan kalau nak datang awal sikit dalam pukul 4.50 lepas asar. takut gelap. hee..