November 29, 2015

Musim Orang Kawin 2015

Assalamualakum.

Hye. Sedang pengantin sibuk posing tangkap gambar,aku sibuk mengupdate blog. Hahah. sejak dah nak habis tahun 2015 ni ramai pulak kawan aku kawin. memang musim ke ape? asal aku tak kena tempias sekali? macam mana nak kene tempias, belajar pun tak habis lagi. so hari ni tetibe rasa  nak preview gambar kahwin kawan-kawan kat dalam blog ni.


ini masa ellyza dan fikri shahiran@ "wakpong" kawin. kami semua satu kelas masa sekolah teknik bkt piatu.hihi. dulu dieorang ni masa kat sekolah, asyik bergadoh, aje. ade je yang tak puas hati.sekarang dah selamat menjadi pasangan sehati sejiwa, sehidup semati.

ini masa raidah kawin, masa raidah kawin, aku jadi pengapit. orang penting aku masa tu,huhu. raidah ni rakan sekelas waktu sekolah teknik bkt piatu juga.raidah ade kembar namenyer raihan.raihan kawan baik dengan aku masa kat asrama, sanggup gegar pintu bilik aku semata nak kejut bangun subuh hoiiiii!


ini pulak iqbal@"balat" kawan masa diploma di kktm sri gading. kami satu kelas. yang lelaki seblah pengantin tu kiteorang panggil die "mentoi" nama penuh die tak tahu pulak.. sebab tak satu kelas ngn die.die kos diploma construction forensic. gambar ni aku curi dari fb "mentoi"
ini fazrul izani@"kecik", die ni rapat sikit dengan aku,sebab kami satu group final year project, kami bertiga, sorang lagi arwah fikri zahin. Al-fatihah. masa majlis iqbal and fazrul aku tak dapat pergi.so sad, padahal da rancang dgn ina. tapi tak kesampaian. aku siap curi gambar kawin kecik ni sebab aku rase comel sangat!

ini pula, masa nadia kawin, nadia ni kawan satu sekolah dari darjah satu hingga tingkatan tiga, kami jugak satu kampung. setiap petang kalau takde keje aku,mina dan nadia selalu lepak kat depan tangga rumah nadia, lepastu berborak pasal love storylah,mengumpatlah.hahhaaha.kenangan sangat!
nak kawin punye pasal nadia mengamalkan diet atkins! memang kurus sangat!kagum betul aku dengan kau nadia! bile le aku nak kurus ni...
ini masa majlis huda. maaf huda tak dapat datang, huda ni kawan masa darjah satu hingga darjah enam. kami juga satu tempat belajar mengaji,setiap malam sebelom mengaji, makan aiskrim malaysia rm 0.20. lagi satu masa aku diploma dkt batu pahat, huda pon sekali belajar kt IPG batu pahat, so setiap kali nak balik melaka selalu nampak muka die dekat bus station.huhuu.kire  balik same ke melaka setiap kali cuti.

ini adalah antara kawan yang aku rapat masa zaman kecil!kecil sangat! ini kawan yg rapat dengan aku, yang tak rapat da berape ramai plak dah kawin tanpe pengetahuan aku?hahaha.mesti ramai yang belom kawin mcm aku kan? ala,rilex la,,enjoiii!

so aku doakan perkahwinan korang akan dipenuhi dengan barakah,semoga bahagia ke anak cucu.insyaAllah aku akan menyusul satu hari nanti!

No comments: