February 29, 2016

Rumah Berkat, Bukit Fraser

Assalamualaikum,

Pada 26 Febuari 2016, aku telah mengikuti Kursus Sasaran Kerja Tahunan Pejabat Dewan Negeri Selangor, seperti yang korang tahu, aku kan pelajar praktikal je, so scope kerja aku untuk kursus ni adalah menyediakan Fail Meja Utama untuk pejabat dewan, sebelum bertolak ke Fraser Hill aku telah pun siapkan. So masa aku di Fraser Hill nanti aku kena jadi EMCEE. Alah,, emcee biasa-biasa je, macam emcee hari keluarga je, tak formal pon. Tak formal pon tapi berdebau tau! Haha! Maklumlah first time jadi emcee. Tapi memang seronok, rasa nak jadi lagi jer!

Kami berada di rumah berkat fraser hill tu selama dua hari satu malam je, jumaat pagi kiteorang gerak, sabtu petang kita orang gerak balik.
Best giler la kat Fraser Hill tu,sejuk nyaman sangat! Die punye sejuk, Australia pon kalah.  Tapi masa pergi dan balik die punye jalanraya macam ular kena palu, lebih teruk dari Cameron Highland, InsyaAllah ini kali terakhir aku datang Fraser Hill Kot, tak larat muntah-muntah otw pergi dan balik. Kalau pergi pon, diberi pilihan aku nak naik helicopter! Hiks!


Di Rumah Berkat tu macam – macam aktiviti yang kami lakukan selain bengkel, antaranya senaman pagi dan games yang disediakan oleh Tourism Selangor #EatTravelSleep.


 Ok. Sampai-sampai je kami dihidangkan dengan makan tengahari, lepas tu solat zohor dan sesi bengkel bermula. Lepas habis bengkel petang tu kami ade minum petang di pondok luar rumah berkat yang sangat indah  dan nyaman pemandangannya seperti dalam gambar.


 so malam jumaat tu selepas solat isya' berjemaah kami ade sesi makan-makan BBQ dan acara penyampaian hadiah sambutan harijadi dan kelahiran bayi. Tu i jadi emcee nta apa-apa jelah. hiks. Asal ade pengalaman, Pengalaman jadi emcee ni macam satu penghormatan utk aku tau sebab rasa diri dipercayai.hiks!

haa. ini masa sesi pemotongan kek sebelum sesi penyampaian hadiah. tema BBQ utk kali ini adalah topi. so semua orang kena pakai topi. sporting la sikit bro!

 dari kiri: aku, anak buah kak norlie, kak norlie dan anak,pn farah dan pn ita.

Lepas Sesi BBQ kami ada games kerusi beracun, whispering words and tepuk-tepuk. nampak macam simple je tapi die punyer kelakar sampai gelak berguling-guling tau! best giler games yg disediakan oleh pihak tourism selangor.

pagi esoknya kami ada sesi senaman erobik lepas solat subuh. Ya Allah.. sejuk giler!! tapi aku rileks je pakai t-shirt. suasana pagi di sana macam hujan tapi actually itu kabus. so nyaman youuu.
see.. kabus tebal giler!
ouh. luper nak bagi tau, dalam rumah berkat ni ada lebih kurang 20 bilik tidur. satu dewan, satu dewan makan, satu ruang tamu yang sangat sesuai untuk buat family's day. untuk pertanyaan lanjut bolehlah google tourismselangor.gov.my.
ada juga BBQ punya stove, so senang nak buat BBQ . dekat dalam rumah pon ade stove, tp untuk panaskan badan. hiks. suasana memang sangat english style, banyak bunga-bunga yang segar dan cantik. korang patut datang sini, atleast sekali!
 pemandangan luar bilik i.haa... so cantik + sejuk!

 Ruang tamu utaman
 Ruang tamu atas
 ini bilik aku bersama cik Ainm kami kongsi berdua. Ade bilik air sekali.
ini bilik kak norlie dan anak-anak. serius luas sangat. Katil kings ada dua.
 ok. last pic ni kami ambil dikawasan pekan Bukit Fraser, Actually byk lagi pics, tapi takpelah nanti muntah pulak korang tengok.hiks!

wasalam. nite!

No comments: