April 9, 2016

Temu Bual Bersama Melaka FM


Assalamualaikum.

Pada 17 Febuari 2015, 8.00 malam, aku telah terpanggil untuk merasai pengalaman berada di konti radio Melaka.FM.

Perbualan antara Miss Yus dan AKU,



Miss Yuz : Tiqa nak pergi tak temu bual di Melaka FM?

Aku: Melaka FM? Temu Bual tentang apa?

Miss Yuz: ala,, tentang UniKL MICET la. Melaka FM ade buat satu slot “ Universiti Saya”

Aku: ouh, Temu Bual tu cam ner miss? Tanya soalan ape je?

Miss Yuz: tentang UniKL la. Awak kan da ada pengalaman sebagai UniKL Ambassador, so saya harap awak boleh la cakap nanti.

Aku : saya sorang je ke?

Miss Yuz : tak, awak dengan firdauz ( alhamdulilah ade kawan)

Aku : ok miss!

Miss Yuz: malam ni pukul 7.40 saya amek awak.jgn lambat tau!

Aku: Alrite!



So sebelum pergi tu bertungkus lumus aku buat skrip tau! Berdebar! 10x hafal pon x masuk masuk,atlast give up dan terus berserah dan fikir baik aku buat spontan ajer!

7.30 lepas solat aku siap-siap pakai sweater je, bukan masuk tv pon dengar suara je.hikhikhik, aku lambat rupenyer, miss yuz and daus dah tunggu da, hujan pulak lebat masa tu.  Tapi kami sampai konti awal, so rehat di ruang tetamu dulu. tepat jam 8.30 kite org dijemput masuk konti dan terus di temu bual. Slot tu 30 minit je, dan setiap 5 minit temubual disela kan dengan 5 minit lagu, so kiteorang ade masa lebih kurang 15 minit je. Lajut macam kilat aku jawab soalan die! Rasa tak puas la… nak lagi,, hiks hiks.

Sebelum aku masuk konti aku sempat update status kat FB suruh member dengar, memang ramai dengar, siap member rakamkan..terharu aku! Bagi aku bukan mudah nak dapat pengalaman seperti ini. Alhamdulilah, temu bual lancar. Ini adalah pengalaman yang manis bagi aku semasa bergelar pelajar.

Gambar semasa dalam konti Melaka FM

Wasalam. Nite, xoxo!


No comments: