June 18, 2016

Apa Dalam Doamu?

Assalamualaikum,

Selamat Pagi.Salam Ramadhan yang ke- 13.



Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim,
Ampunkahlah dosaku,dosa kedua ibu bapaku, dosa kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminah sama ada yang masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kepadamu aku memohon, Lapaangkanlah dadaku, tenangkanlah hatiku, jauhkanlah aku dari sebarang bahaya,malapetaka dan maksiat yang boleh membinasa diriku, jauhkan aku dari sebarang penyakit, sihatkanlah tubuh badanku, berilah aku keputusan yang cemerlang didalam setiap apa yg aku lakukan, murahkanlah rezekiku, jadikanlah aku anak yang solehah,jadikanlah aku wanita solehah, tabahkanlah hatiku menempuh segala dugaanmu, permudahkan urusanku,berilah aku kehidupan yang baik, kerjaya yang baik dan jodoh yang baik.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Lapandkanlah dada kedua ibubapaku, tenangkan hati mereka, jauhkanlah mereka dari sebarang bahaya,malapetaka dan maksiat yang boleh membinasa diri mereka, jauhkanlah mereka dari sebarang penyakit, sihatkanlah tubuh badan mereka, panjangkanlah umur mereka, bahagiakan lah hidup mereka, murahkan rezeki mereka dan Kau kasihanilah mereka  sebagaimana mereka mengasihini aku dari kecil lagi.

Ya Allah Tuhan yanng Maha Mendengar,
kabulkanlah permintaanku.
Amin, Ya Rabbalalamin.
Wasallahhualasaidina Muhammad, Wa alaalihi wasahbihi wasalam.
Walhamdulilahirabillallamin.Amin.
InsyaAllah,


No comments: