June 26, 2016

Baby, My Lovely Cat - Part 2

Assalamualaikum.

sambungan dari part satu,

Sejak kena basuh taik kucing tu lah aku tersayang kucing-kucing. So masa aku dah abes sekolah dekat UNIKL, dan masa aku jalani internship, aku ada buat part time cashier di Restaurant dalam Taman Rakyat. Dekat situ ada kucing yang baru melahirkan anak. dua ekor anaknya. Pekerja kat restaurant tu ada jugak bagi makan tapi aku kesian giler bila tengok mata die tak boleh buka sebab berair dan banyak tahi mata. Setiap hari pergi buat part time kat situ, aku akan lap kan mata kucing-kucing tu dengan air panas tapi tak baik jugak. Dan aku refer pada ira and ina mcm mana nak bagi kucing tu tak sakit mata.

Ira and Ina ni adalah pharmacist. So die memang terror bab-bab ubat ni. Die kata ko bagi je ubat sakit mata manusia yg sapu dekat pharmacy. So aku pon beli la ubat Terramycin dan sapukan pada mata kucing-kucing tu. Alhamdulilah,sembuh.

Lama-lama dah sayang, so aku fikir dah bolehlah jadikan adik angkat dan bawa balik rumah.hiks.

masa ni aku panggil dua beradik ni baby. sebab dieorang baby lagi dan kuat menyusu. mak dieorang aku panggil ibu je.


Selepas seminggu aku bawa balik tiga beranak ni, yang satu tu hilang, nta ke mana ntah. tak dapat jejak. sebab aku lepaskan mereka kalau aku pergi kerja pagi. Dengar cerita india sebelah rumah ni tak suka kucing dan kat sini banyak anjing. Masa hilang tu sedih.


Tambah pula, masa waktu tu ibu kucing tu tengah pregnant. so aku fikir, takpalah nanti ada pengganti, dalam beberapa bulan, masa ibu kucing  dah nak bersalin sangat tetibe ibu macam tersangat perit untuk melahirkan anak. Sedih sangat waktu tu. Ibu kucing lahirkan sekor je lepas tu anak yg dilahirkan tu mati. tapi dalam perut tu macam ada lagi yg nak keluar. 3 hari lepas tu ibu kucing yang tak lalu makan dan minum meninggal akhirnya. Pagi tu aku terjumpa ibu kucing dah keras bawah meja. sangat menyanyat hati. :(

Maka tinggallah seekor anak kucing je dengan aku. itu yang aku panggil dia baby.

baby yang sangat aktif,comel dan pandai.hiks.

ini lah Baby, My Lovely Cats!

ok. So far sampai sini je cerita my first pets!

Wasalam. 

No comments: