June 25, 2016

Baby, My lovely Cats - Part 1

Assalamualaikum, Salam Ramadan.

Kurang dari dua minggu kita akan sambut lebaran.

Baby. nama kucing pertama yang aku pelihara. Pada mulanya, aku bukanlah seorang yang membenci kucing atau menyanyangi kucing. Nenek sebelah ayah memang banyak sangat pelihara kucing, manakala nenek belah mak tak berapa nak bela kucing.Nenek belah mak pembersih orangnya.Setiap kali dia nampak cucu dia main kucing, mesti kena cubit. Tapi aku hanya bersikap kesihan sahaja pada kucing-kucing yang ada. tak pernah sayang.

Tapi masa sem tiga kat Uni, A ah housemate aku ada bawa kucing kat rumah sewa kami. A ah was always the busiest girls and not always in the home. A ah cuma kurung kucing kat dalam sangkar dan bagi makan je. A ah jarang memanjakan atau membelai kucing dan aku pon malas nak layan kucing tu sebab kucing tu bukan milik aku dan aku rasa bukan tanggungjawab aku( itu dulu). Kucing tu berak kencing aku biarkan A ah basuh. A ah pulak jarang kat rumah, memang sampai tahi kucing tu dah keras baru cuci.

Dan masa sem 6, ina & ira the new housemate adalah pencinta kucing. Masa pergi rumah ira kat perak, pergh,, aku rasa rumah ira macam mini Zoo. ada dalam berbelas sangkar kucing dan arnab dan ikan dan kura-kura. so many pets in ira's house. Family ira memang sukakan haiwan. Ira dan ina dah kenal masa diploma lagi, jadi ina pon ter influenced  dari ira.

Nak dijadikan cerita, ina bawa dalam 5 ekor kucing termasuk kucing tua kesayangan dia - Hery. Hery ni sangatlah passive, tapi kalau kita marah dia faham, suroh berak dalam mangkuk jamban pon dia pandai. Ina and ira pon selalu takde kat rumah tapi die lepaskan kucing-kucing dia. Maka, setiap kali dia keluar dan aku ada kat rumah dia akan pesan

" Tiqa, tolong tengokan bebudak ni ea" 

Bila dia dah kata macam tu maka aku pon reda je lah. reda jelah dengan tanggungjawab baru.

Suatu hari, kucing ina nama oyen. berak atas tilam aku. pergh......... that moment, aku memang macam nak naik hantu tau. Masa aku masuk bilik je elok je nampak oyen tengah posing berak baik punyer! pastu aku menjerit sekuat hati aku. Oyen pon terkejut dan berlari keluar, macam tengah tau je aku marah. then apa lagi kena basuh cadarlah, dah la taik dia cair. sabau je aku.

Since that day yang aku kena basuh taik kucing tu, aku terfikir, kucing ni manalah ade akal dan fikiran, dia makhluk tuhan, maka aku perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang ade di muka bumi ini. - ada hikmah disebalik kejadian basuh taik tu. InsyaAllah.


korang penatlah taip sambil gelak sorang-sorang fikirkan basuh taik tu.


i tido dulu k? nanti kita sambung part 2. Bye.


Wasalam.

No comments: