March 12, 2017

PTS my Lovely cat and SPORO

Assalamualaikum.

28 Feb 2017, aku membuat keputusan yang sangat berat untuk Put to Sleep kucing kesayangan,, sayang sangat. Mula-mula ingat nak bawa pergi Klinik Veterina kerajaan malangnya Vet Port Klang dan Banting tak buat sebab ubat takda.


So bawalah pergi Hospital Haiwan, Banting. Sebelum bawa pergi klinik tu aku da bagi baby makan dua paket wet food memang licin dia makan, selalu lepas makan dia tak minum air, tapi haritu lepas makan dia minum air banyak,, macam tahu -tahu je tu kali terakhir menikmati makanan dan minuman. Sedih sangat bila teringat kat dia.


Alasan apa yang membuatkan aku untuk PTS baby? Actually, mak aku dan aku dah berjangkit SPORO daripada baby, mula-mula mak aku yang kena. Mak aku ade luka kat tangan kena minyak masak, lepas tu pegang baby mungkin,, tu yang dapat "surface skin infection" which is on the surface sahaja dan mak aku terus pergi klinik buat dressing and makan antibiotik. Alhamdulilah.Ok.

Masa mak aku kena, ak punya infection tu baru nak tumbuh macam jerawat, aku ingat jerawat,,aku kena sebab aku kena cakar dengan baby, walhal kena cakar sikit je. Lepas tu, aku tak pergi buat dressing dan tak makan antibiotik. aku cuma sapu ubat je dan dan tak reda langsung! tapi aku buat bodoh je sebab aku ingat ,, ala,, biasala sikit je.

Tapi lepas sebulan aku kena tu, teba-tiba, aku rasa kat saluran dalam tangan aku ni ade tiga benjolan naik begitu cepat,pergh! masa tu dah cemas dah! cemas la jugak,, siapa nak kulit tak cantik kan.?


After pergi pakar kulit -Hospital Kerajaan, then doktor cakap, betul! ini sporo dan doktor tak agak-agak lagi bawa aku masuk bilik bedah dan cungkil benjolan yang pertama which yang dah keluar. dan doktor bagi aku ubat sporanox, Then doktor cakap, ubat sporanox ni kuat boleh effect hati dan buah pinggang so untuk mengelakan itu terjadi, doktor akan monitor darah aku setiap minggu, setiap minggu aku kena pergi cucuk darah.

Alhamdulilah da seminggu aku makan ubat, dan benjolan ada reda sikit. but i still need to consume ubat until it is fully gone dimana makan 2-3 bulan jugak.

Memang aku sayang sangat kucing aku. aku belikan die macam-macam ubat, ubat itraconizile,ubat hati dan transfer factor. tapi tak sembuh malah makin banyak luka di badan baby dan die juga berjangkit pada aku. dan aku juga taknak ia berjangkit pada kucing lain dan mungkin orang juga. Maka, aku terpaksa buat keputusan yang pedih tu!

Masa dalam Klinik waktu nak PTS tu, aku menangis tak henti-henti..PTS ni, sebelum die matikan baby, die tidurkan dulu baby which cucuk ubat kat bontot baby. then bila baby dah tidur baru dr matikan die. Sedih!!!


Apapun benda dah jadi, yang buruk tu semua dari aku. Baby tetap dalam ingatan aku.

Ni Lepas tiga minggu aku ingat jerawa


Ni lepas kena korek isi dengan doktor. actually benjolan yang aku cakap dah tumbuh tu dekat area yang sama tapi tak nampak sebab masih kecil.


Ni baby masa dah takde. Sedih sangat! die selalu jadi tempat aku mengadu dan selalu tengok air mata aku.Maafkan kakak baby!


* aku buat post ni bukan sebab aku nak korang benci kucing,bukan dan aku masih sayang kucing. cuma aku nak korang aware bila kena cakar kucing korang kena cepat-cepat ambil antibiotik or jumpa doktor k?!

* Jangan kecam saya Please.
Wasalam.

No comments: